Rezal Zambery dilantik Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC

Iklan
Rezal Zambery (kanan) dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC. - Foto KUFC

BEKAS ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dilantik ke jawatan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC (KUFC) yang baharu.

Rezal Zambery yang juga bekas pemain kebangsaan serta berpengalaman luas ketika kariernya sebagai pemain bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan program serta pembangunan pemain muda Sang Kijang Hijau.

Iklan
Iklan

Pengarah Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, tugas beliau bukan sahaja dari aspek teknikal malah diberi tanggungjawab yang cukup besar memantau dan melaksanakan keseluruhan program serta pembangunan bola sepak KUFC.

Menurut beliau, pihak pengurusan pasukan percaya Rezal Zambery berupaya membawa perubahan kepada program pembangunan bermula dari program akar umbi seterusnya mampu mengetengahkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Iklan

"Kita mahu Rezal Zambery membantu KUFC bangkit dan memperbaiki segala kelemahan terutama dalam aspek pengurusan,” ujarnya dalam satu kenyataan

Sementara itu, Rezal Zambery berkata, beliau terharu dan berterima kasih kepada KUFC atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Iklan

Katanya, beliau sudah diberi penerangan yang sangat jelas dengan beberapa projek besar yang akan dilaksanakan.

"Saya tertarik untuk bersama Kelantan United FC menjayakan projek yang dirancangkan tersebut,” katanya.