Kuliah UAI di Kuala Lumpur Ahad ini dibatalkan

Iklan
Hebahan kuliah maghrib UAI di Masjid Saidina Othman dibatalkan.

SHAH ALAM - Kuliah Maghrib Perdana oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook penceramah berkenaan yang menjelaskan pembatalan itu atas arahan pihak tertentu.

Iklan
Iklan

"Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI (Ustaz Azhar Idrus) yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

"Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, kuliah penceramah dari Terengganu itu yang dijadualkan berlangsung di sekitar Selangor pernah dibatalkan atas faktor tiada pentauliahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Antara yang dibatalkan adalah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari lalu.

Iklan