Jalan Meru Raya-Klebang dibuka pertengahan Ogos

Iklan
Jalan Meru Raya-Klebang yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra dijangka akan mula dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Ogos depan.

IPOH - Jalan Meru Raya-Klebang yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra dijangka mula dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Ogos depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan, projek pembinaan yang mula dilaksanakan pada April 2022 telah mencapai 98 peratus pelaksanaan kerja di tapak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja-kerja menyiapkan tandaan garisan jalan dan pemasangan papan tanda akan dilaksanakan pihak kontraktor bagi melengkapkan fasiliti keselamatan jalan raya di laluan berkenaan.

"Pembinaan jalan yang bernilai RM7.2 juta ini bertujuan memendekkan jarak perjalanan dari kawasan Meru Raya ke Klebang.

Iklan

"Di samping itu juga ia bakal mengurangkan kesesakan lalulintas di Pekan Chemor dan merancakkan semula aktiviti ekonomi, perniagaan serta perumahan di sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan jalan tersebut melibatkan pembinaan sebuah jambatan sepanjang 50 meter merentangi Sungai Pari, jalan empat lorong dua hala sepanjang 1.3 kilometer, lengkap dengan kemudahan lampu jalan.

Iklan

Pembinaannya dilaksanakan secara kerjasama pintar antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan beberapa pemaju antaranya Ain Bina Development Sdn Bhd, Eadepro Development Sdn Bhd, Satin Tiara Sdn Bhd, Scientex Quatari Sdn Bhd dan Total Investment Sdn Bhd melalui inisiatif pembiayaan swasta.