Rafizi sangkal dakwaan PN kerajaan tiada hala tuju ekonomi

Iklan
Rafizi Ramli.

SHAH ALAM - Pertumbuhan ekonomi yang sihat serta kadar inflasi yang mereda membuktikan kerajaan berjaya memangkin ekonomi negara ke arah lebih baik.

Malah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 berbanding Indonesia (lima peratus), China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus) jauh lebih baik sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir.

Iklan
Iklan

Justeru Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyangkal dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan kerajaan tidak mempunyai hala tuju selain ekonomi semakin negara semakin merudum.

"Kadar inflasi kita juga terus mereda, dari empat peratus pada November 2022 ke 2.8 peratus pada Mei 2023.

Iklan

"Selepas pengumuman Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang kini sedang dimuktamadkan, macam mana pula Perikatan Nasional (PN) boleh kata ekonomi kita tiada hala tuju," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Dalam pada Rafizi berkata, pihaknya sedang menumpukan usaha untuk menaikkan gaji rakyat menerusi dasar gaji progresif supaya boleh membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Iklan

Beliau turut mengakui, pelaksanaan dasar gaji progresif tetap berdepan cabaran namun yakin ia mampu menjadi realiti.

"Kalau kita ada niat baik untuk bantu rakyat dengan rancangan yang tepat, kita mampu laksanakannya (gaji progresif)," ujarnya.