Pusic ucap selamat tinggal kepada Terengganu

Iklan
Pusic membuat 11 penampilan bersama Terengganu pada musim ini. Foto Facebook TFC.

PEMAIN kelahiran Croatia, Domagoj Pusic mengucapkan sayonara kepada Terengganu FC (TFC) selepas membuat 11 penampilan pada musim ini.

Perkhabaran pelepasan pemain berusia 32 itu dimaklumkan menerusi laman sosial kelab pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pemain tengah yang mirip wajah penyerang Perancis, Karim Benzema dilepaskan susulan masalah prestasi hingga kerap memanaskan bangku simpanan.

Pusic mengikat kontrak selama setahun bersama rakan senegaranya, Ivan Mamut.

Iklan

Bagaimanapun masa depan Pusic masih mencetuskan tanda tanya sama ada kembali ke Croatia atau bermain dengan pasukan lain di negara ini.

"Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan bersama kelab sebelum ini dan selamat maju jaya dengan pasukan baharu nanti,” ujar kelab.

Iklan

Masa depan bekas pemain bawah 20 tahun (B-20) Croatia itu menjadi 'bualan' di laman sosial selepas TFC mengikat pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov Selasa lalu.

Difahamkan beberapa lagi pemain import dan tempatan skuad Penyu akan dilepaskan atau dipinjamkan ke pasukan lain.