Ditahan memandu tanpa lesen, lelaki Rohingya cuba sogok polis

Iklan
MOHD HAKI
TANAH MERAH -"Abang tak boleh tolongkah?” Itu kata seorang lelaki Rohingya yang cuba merasuah polis RM100 bagi melepaskan adiknya yang ditahan kerana memandu tanpa lesen di Alor Pasir di sini pada Rabu.

Suspek berusia 30-an itu cuba memberi sogokan tersebut ketika hadir ke kaunter Balai Polis Bukit Panau pada jam 9.05 malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek hadir ke balai itu bertanyakan tentang adiknya yang ditangkap oleh pihak polis pada jam 6.40 petang hari sama.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, anggota bertugas memaklumkan bahawa adiknya yang ditangkap masih berada dalam kawalan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Dia bagaimanapun berkata kepada anggota polis yang bertugas:"abang tak boleh tolongkah?”

Iklan

"Saya mahu bayar RM300 kalau abang lepas adik saya”. Sambil menghulurkan wang tunai RM100 kepada anggota polis,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Mohd Haki, rasuah tersebut dipercayai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik lelakinya yang ditahan kerana memandu tanpa lesen sebelum itu.

Iklan

Katanya, semasa pemeriksaan di dalam kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu adik suspek, adiknya itu juga sudah cuba merasuah RM100 kepada polis yang menjalankan tugas ronda cegah jenayah.

"Sebelumnya, polis melihat kereta mencurigakan dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat dua warga Myanmar di dalamnya kenderaan itu.

"Apabila pemandu diminta untuk tunjukkan lesen, dia gagal dan cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang tunai berjumlah RM100 sebagai duit kopi,” ujarnya.

Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua mereka ditahan dan wang sogokan dirampas untuk diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sebagai bukti dan tindakan lanjut.

Ujar Mohd Haki, amat berbesar hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh anggotanya dalam menolak wang rasuah berkenaan.

"Syabas kepada anak buah saya kerana mempamerkan sikap yang amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas.

"Selainya, saya memberi amaran dan akan mengambil tidakan tegas kepada pihak yang memberi sogokan kepada mana-mana polis yang menguatkuasakan undang-undang,” kata beliau.