'Medan Perang' paling sengit

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

SHAH ALAM - Negeri Selangor bakal menjadi ‘medan perang’ paling sengit pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh firma penyelidikan, Endeavour-MGC pada 12 hingga 18 Jun lalu.

Menurut dapatan dilakukan ke atas 1,068 responden Melayu yang telah mendaftar sebagai pengundi di negeri itu, didapati Pakatan Harapan (PH) memperoleh 42 peratus sokongan manakala Perikatan Nasional ‘mengejar’ dengan 33 peratus undi.