Pemandu, kelindan lori parah nahas di LPT

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori terbabit. Keadaan lori dan treler yang terbabit dalam kemalangan di KM48 Lebuhraya Pantai Timur hala Kuala Lumpur awal pagi Jumaat. Pix ihsan JBPM

BENTONG - Seorang pemandu lori berusia 23 dan kelindan berusia 21 tahun cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 48 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Kuala Lumpur di sini awal pagi Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zulfadli Zakaria memberitahu, kejadian melibatkan sebuah lori jenis Isuzu tiga tan dan treler.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.53 pagi.

"Seramai lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan tempat kejadian.

Iklan

"Komander operasi melaporkan benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori telah melanggar belakang treler tersebut," ujar beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas Zulfadli, terdapat dua lelaki tersepit di dalam lori itu dan pemandu treler selamat.

Iklan

"Anggota terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Satu mangsa dihantar menggunakan EMRS dan seorang lagi menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Bentong," tambah beliau kes seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.