Arsenal sekadar seri dengan Nurnberg

Iklan
Penyerang Nurnberg, Lukas Schleimer (kiri) dan pemain tengah Arsenal, Jorginho bersaing merebut bola ketika aksi pra musim pada Jumaat. -Foto: AFP

ARSENAL hanya mampu seri menentang Nurnberg yang beraksi di liga kedua Jerman, Bundesliga 2 dalam aksi pra musim pada Jumaat.

Bukayako Saka membuka tirai jaringan pada minit ketujuh dan Nurnberg menyamakan kedudukan pada minit ke-62 untuk mengikat naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu.

Iklan
Iklan

Pemain termahal Arsenal, Kai Havertz gagal memberikan persembahan yang diharapkan selepas melengkapkan perpindahan dari Chelsea dengan nilai £65 juta (RM385.12 juta)

Bagaimanapuan, pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap gembira dengan keputusan seri tersebut.

Iklan

"Perlawanan ini lebih kepada untuk memberi mereka minit permainan dan pendedahan untuk memahami dan mula berhubung antara satu sama lain semula.

"Saya telah melihat beberapa perkara yang sangat baik walaupun terdapat banyak perubahan yang kami lakukan dan itulah sebabnya permainan merosot, terutamanya dalam kualiti dan kawalan tetapi kami tahu itu akan berlaku,” katanya.

Iklan

Arteta berkata, mereka bermain baik pada separuh masa pertama dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

"Malah, pada separuh masa kedua kami mempunyai dua peluang besar untuk menjaringkan gol dan kami tidak melakukannya. Ia sebahagian daripada bola sepak, dan kesilapan adalah sebahagian daripada sukan ini,” katanya.

Mengenai penampilan sulung Kai Havertz, Arteta berkata:"Kami perlu melihat bagaimana dia menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dan membina hubungan. Bola sepak adalah mengenainya dan masa akan menentukan di mana dia melihat yang terbaik,” katanya.