HTAR siasat kematian kanak-kanak

Iklan
Kenyataan media HTAR Klang berhubung kematian kanak-kanak ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

SHAH ALAM - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, perkara itu dirujuk selepas video terbabit tular di aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pesakit kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pesakit terbabit tidak dapat diselamatkan dan punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR.

Iklan

Zulkarnain memberitahu, pihaknya bersimpati dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam siasatan HTAR dan akan berhubung lanjut dengan keluarga bagi perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes itu," tambahnya.

Iklan