Kajian pengundi Melayu Selangor: 69 peratus puas hati prestasi Anwar sebagai PM

Iklan
Sebanyak 69 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

SHAH ALAM - Sebanyak 69 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Hasil 'Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor' yang dijalankan Endeavour-MGC bermula 12 Jun hingga 18 Jun lalu itu, juga mendapati 30 peratus lagi responden tidak setuju manakala satu peratus pula tiada pendapat.

Iklan
Iklan

Dapatan kajian itu turut menyaksikan 68 peratus responden berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Kerajaan Perpaduan manakala 31 peratus lagi responden tidak berpuas hati, dan satu peratus menjawab tidak tahu.

Kaji selidik yang dilakukan melalui persampelan rawak berstrata di 56 kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pecahan 50 peratus responden lelaki dan 50 peratus wanita.

Iklan



ARTIKEL BERKAITAN Kajian pengundi Melayu Selangor: Majoriti puas hati kepimpinan PH, Amirudin

Kajian pengundi Melayu Selangor: 57 peratus responden pilih PH, BN

Iklan

Seramai 45 peratus merupakan responden daripada golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus M40 pendapatan di antara RM4,850 hingga RM10,959, dan 15 peratus golongan T20 pendapatan RM10,959 ke atas.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November lalu setelah membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),