Kajian pengundi Melayu Selangor: 57 peratus responden pilih PH, BN

Iklan
42 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor memilih Pakatan Harapan (PH), manakala 33 peratus lagi responden memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan depan.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi parti pilihan yang mendapat sokongan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hasil 'Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor' yang dijalankan Endeavour-MGC setakat 18 Jun lalu.

Kaji selidik tersebut mendapati 42 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor memilih Pakatan Harapan (PH), manakala 33 peratus lagi responden memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan depan.

Iklan
Iklan

Seramai 15 peratus responden memilih Barisan Nasional (BN) dan satu peratus memilih Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagaimanapun tidak memperoleh sebarang sokongan setelah sembilan peratus lagi responden menjawab tidak tahu.

Iklan

Berdasarkan rumusan kajian, responden yang menjawab tidak tahu kemungkinan akan memberi undi kepada PN sebagai pembangkang di peringkat pusat.

61 peratus responden memilih parti sebagai pertimbangan yang paling penting untuk mengundi pada PRN nanti.

Dapatan kaji selidik yang dijalankan bermula 12 Jun hingga 18 Jun lalu itu juga menyaksikan 61 peratus responden memilih parti sebagai pertimbangan yang paling penting untuk mengundi pada PRN nanti.

Iklan

Manakala 28 peratus responden pula memilih faktor individu atau calon, tujuh peratus berdasarkan latar belakang agama.

Tiga peratus responden pula memilih berdasarkan faktor ekonomi dan satu peratus responden berdasarkan kaum.

Kaji selidik tersebut dijalankan di 56 kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pecahan 50 peratus responden lelaki dan 50 peratus wanita

Seramai 45 peratus merupakan responden daripada golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus M40 pendapatan diantara RM4,850 hingga RM10,959, dan 15 peratus golongan T20 pendapatan RM10,959 ke atas.