SHAH ALAM - Sebanyak 71 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor berpuas hati dengan prestasi kepimpinan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
'Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor' yang dijalankan Endeavour-MGC itu mendapati 28 peratus responden lagi tidak bersetuju dan satu peratus berkecuali.
Kajian selidik melalui persampelan rawak berstrata itu juga merekodkan 68 peratus responden berpuas hati prestasi keseluruhan Kerajaan Negeri Selangor diterajui Pakatan Harapan (PH).
Manakala 31 responden pula tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH Selangor dan satu peratus pula berkecuali.
Kaji selidik yang dilakukan melalui persampelan rawak berstrata di 56 kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pecahan 50 peratus responden lelaki dan 50 peratus wanita.
Seramai 45 peratus merupakan responden daripada golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus M40 pendapatan di antara RM4,850 hingga RM10,959, dan 15 peratus golongan T20 pendapatan RM10,959 ke atas.
PH mula memerintah Negeri Selangor sejak 2008 selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
Manakala, Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada Jun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN Kajian pengundi Melayu Selangor: 69 peratus puas hati prestasi Anwar sebagai PM
Kajian pengundi Melayu Selangor: 57 peratus responden pilih PH, BN