Amanah Negeri Sembilan kekal tanding tiga kerusi DUN

Iklan
Mk Ibrahim

SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan akan kekal bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata, perkara itu telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Amanah.

Iklan
Iklan

"Amanah kekal bertanding di tiga kerusi DUN mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang mana ia berdasarkan faktor ‘incumbent’ kerana memenangi DUN tersebut pada PRU14.

"Tiga DUN tersebut adalah DUN Klawang (N04), DUN Lenggeng (N09), dan DUN Paroi (N25)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sehubungan itu beliau menegaskan bahawa tidak ada sebarang perbincangan dan keputusan mengenai penyerahan DUN Lenggeng kepada BN seperti mana yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, secara keseluruhan Amanah telah berjaya menjadi rakan politik terbaik dalam memastikan agenda Kerajaan Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan berjaya dilaksanakan dengan baik.

Iklan

"Bagi persiapan menuju PRN Negeri Sembilan, Amanah Negeri Sembilan telah memulakan langkah awal dengan melancarkan jentera pilihan raya bagi ketiga-tiga DUN yang akan ditandingi pada 12 Julai lalu dan dilancarkan sendiri oleh Presiden Amanah sendiri.

"Sehubungan itu, Amanah akan mengemukakan calon bagi tiga DUN tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Jelasnya, calon-calon yang ditampilkan adalah berkelayakan, berintegriti, dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

MK Ibrahim berkata, pihaknya menyeru kepada semua ahli parti itu dan penyokong PH di Negeri Sembilan agar bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini dengan momentum yang kuat bagi memastikan kesinambungan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dapat dibentuk.

"Pada masa sama bagi meneruskan legasi cemerlang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam membangunkan Negeri Sembilan bagi lima tahun yang mendatang," katanya