Perak, PKNP FC teruskan latihan sepanjang Ramadan

Iklan
Pasukan PKNP FC tetap jalani latihan sepanjang Ramadan ini.- Foto: PKNP FC

PASUKAN Perak dan PKNP FC tetap meneruskan latihan seperti biasa di sepanjang Ramadan bagi mengekalkan tahap kecergasan pemain.

Pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, skuad The Bos Gaurus tetap meneruskan latihan seperti biasa di sepanjang Ramadan kali ini sebagai persediaan untuk mengharungi beberapa aksi Liga Super termasuk saingan suku akhir kedua Piala FA berdepan PKNP FC di Stadium Perak, 11 Mei ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skuad Kejor Yeop Skor itu bakal berdepan PKNP FC pada 14 Mei di Stadium Perak sebelum berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur pada 17 Mei dan menanti kunjungan Melaka United di Stadium Perak pada 24 Mei.

"Di sepanjang bulan puasa ni kita hanya adakan latihan pada sebelah malam, selepas 9.30 malam.

Iklan

"Tidak ada apa yang istimewa. Cuma bertukar masa latihan sahaja iaitu di sepanjang Ramadan kali ini, latihan kita akan hanya diadakan mulai 9.30 malam.

"Kita berikan kelonggaran di sepanjang Ramadan. Bagaimanpun, kebanyakan pemain kita telah biasa untuk menjalani latihan serta bermain dalam bulan Ramadan ini.

Iklan

"Pasti pemain sudah ‘biasa’ kerana telah lama bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M). Tidak ada masalah tahap kecergasan untuk beraksi dalam bulan puasa,” katanya di sini hari ini.

Pasukan PKNP FC tetap jalani latihan sepanjang Ramadan ini.- Foto: PKNP FC

Sementara itu, bagi ketua jurulatih PKNP FC Abu Bakar Fadzim, pihaknya akan menyesuaikan sesi latihan berdasarkan kepada keadaan semasa.

Katanya, rutin harian bagi latihan pasukan akan berjalan seperti biasa cuma pada setiap Khamis, sesi latihan akan diadakan pada waktu malam.

"Kita tetap teruskan rutin latihan seperti biasa, cuma kita singkatkan masa latihan dan berikan kelonggaran kepada pemain di sepanjang Ramadan.

"Lagipun setakat ini kesemua pemain telah biasa jadual perlawanan yang padat (hanya tiga hari sebelum perlawanan seterusnya),” katanya.