Jualan Rahmah: 'Bawa RM100, masih berbaki RM20'

Iklan
Karnival jualan Rahmah di Kampung Laut, Tumpat meneri sambutan daripada penduduk setempat bagi dapatkan barangan keperluan dengan harga murah.

TUMPAT - Orang ramai yang mengunjungi Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut, di sini mampu tersenyum lebar apabila wang tunai dibawa masih berbaki walaupun telah membelanjakan pelbagai barangan keperluan asas.

Seorang suri rumah, Siti Norma Norzlan, 33, berkata, dengan wang tunai RM100, wangnya masih berbaki RM20 selepas membeli dua ekor ayam, satu guni bawang merah, sekilogram ikan selayang, minuman Milo satu peket, minyak masak dua peket, sayur dan telur.

Siti Norma Norzlan

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, masih ada baki wang walaupun sudah membeli bermacam-macam barang.

"Terima kasih kerajaan, diharap jualan seperti ini diteruskan kerana ia banyak membantu kami golongan B40," ujar ibu kepada lima anak ini.

Syarifah

Iklan

Ibu kepada sembilan anak, Syarifah Mohamad, 49, pula memberitahu, harga murah yang ditawarkan sempena karnival tersebut dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, apatah lagi dengan pendapatan suaminya tidak menentu sebagai buruh.

Jelasnya, dengan wang RM50, dia mampu membeli ikan selayang sekilogram, minyak sebotol, minuman Milo sepeket, dan beberapa tin susu pekat.

Norliah

Iklan

Pembantu kedai, Norliah Hussin, 50, turut berharap konsep jualan sedemikian diteruskan pada masa akan datang.

Norliah berkata, dia turut membeli lima ekor ayam hanya berharga RM70, manakala minyak peket RM2.50 dan minyak botol RM24.

"Jimat sungguh, kalau boleh jualan Rahmah ini diteruskan setiap bulan," kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Bagi suri rumah, Nor Ilani Abdul Rahman, 55, harga murah yang ditawarkan merupakan inisiatif yang baik untuk rakyat berpendapatan rendah sepertinya, selain menghargai usaha kerajaan kerana memberi keutamaan kepada rakyat terutama di luar bandar.