Jambu batu lohan varieti GU16

Iklan
Pengusaha jambu batu lohan Abdul Halim Abdullah, 47, menunjukkan jambu batu yang ditanam di kebunnya seluas empat hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai, pada sesi temu bual bersama Bernama, semalam.

Jika Perlis terkenal dengan mangga harum manis, Melaka pula berbangga dengan jambu batu lohan varieti GU16 yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar buah segar di negeri ini.

Bukan saja bersaiz gergasi, malah kerangupan, rasa manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu batu lohan yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.