'Sekolah pondok tidak patut jadi tempat lambakan anak bermasalah'

Iklan
Mohd Na,im (tengah) beramah mesra dengan guru di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

PASIR MAS - Institusi pengajian pondok tidak seharusnya menjadi tempat lambakan anak-anak bermasalah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na,im Mokhtar berkata, garis panduan dalam konteks pengambilan pelajar-pelajar institusi pondok sudah dibangunkan untuk diguna pakai sebagai contoh dan rujukan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dengan adanya garis panduan yang serata itu dapat memastikan mereka yang masuk ke pondok benar-benar dengan tujuan untuk belajar.

"Kita nak pastikan supaya mereka ini berkualiti kerana itu hasrat mahu dilahirkan daripada pengajian-pengajian pondok,” katanya selepas Ramah Mesra bersama Ulama, Guru dan Pelajar Pondok Negeri Kelantan di Pondok Lubuk Tapah, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, dalam hal itu, ibu bapa berperanan memastikan anak-anak dididik menjadi soleh supaya tidak menimbulkan masalah apabila dihantar ke pondok.

"Saya tekankan dan berharap supaya ibu bapa memainkan peranan secara kolektif.

Iklan

"Kami tidak mahu tanggungjawab ini diletakkan kepada institusi pondok sahaja apatah lagi perlu menangani anak-anak yang bermasalah dan tidak dididik dengan betul,” ujar beliau.