JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 30-an direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan menikam seorang konstabel polis hingga cedera parah, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berkenaan ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira jam 1 tengah hari, Rabu lepas dan kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"Lelaki itu didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.
Kamarul Zaman berkata, beliau telah melawat anggota berkenaan yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilapor berkata, seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia di kawasan tempat letak kereta berbayar di Jalan Ungku Puan, di sini pada jam 2.30 pagi, Isnin lepas.
Dalam kes berlainan, Kamarul Zaman berkata, sebanyak 219 kes melibatkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan berlaku di Johor sejak 1 Jan tahun ini hingga semalam dengan 103 kes daripadanya telah didakwa di mahkamah.
Beliau berkata, seramai 43 kanak-kanak di negeri ini turut dilaporkan hilang dengan 40 daripadanya ditemukan semula, manakala tiga lagi yang dilaporkan hilang di daerah Johor Bahru belum ditemukan. - Bernama