BERLIN - Bom Perang Dunia Kedua seberat 500 kilogram (kg) yang ditemukan di bahagian timur Berlin telah dimatikan pada petang Khamis selepas 15,000 penduduk daripada 27 blok flat dipindahkan, kata polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemindahan itu termasuk memindahkan penghuni tiga taska, tiga sekolah, sebuah transit murid dan kedai, kata polis.