NAIB juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal melengkapkan pembelian pemain pertahanan Belanda, Jurrien Timber dari Ajax dengan harga 34 juta pound.
Yuran Timber boleh meningkat kepada 38.5 juta pound dan pemain berusia 22 tahun itu menyertai perjanjian jangka panjang.
Kehadiran Timber akan memperkukuh lagi pertahanan Arsenal selepas bek tengah William Saliba bersetuju dengan kontrak baharu selama empat tahun.
"Kami sangat teruja apabila Jurrien menyertai kami. Dia seorang pemain pertahanan muda yang serba boleh.
"Jurrien adalah pemain muda, tetapi mencapai begitu banyak kejayaan. Dia mengalami bagaimana rasanya pergi ke kejohanan antarabangsa utama lebih daripada satu kali.
"Malah trofi yang dimenanginya bersama Ajax juga mematangkan permainannya. Kami amat mengalu-alukan dan bersedia mengintegrasikan Jurrien ke dalam skuad," kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.
Pemain pertahanan serba boleh dari Belanda itu, yang boleh bermain di bahagian tengah atau di bek kanandikaitkan dengan Manchester United, selain juara Bundesliga Jerman Bayern Munich juga dilaporkan berminat.
Dia meraih 15 penampilan untuk skuad Belanda termasuk empat di Piala Dunia 2022 di Qatar, di mana dia membantu anak buah Louis van Gaal mara ke suku akhir.
Dalam pada itu, Timber berkata, dia merupakan penyokong tegar Arsenal, yang dimotivasikan daripada cinta abangnya terhadap kelab tersebut.
"Mereka sentiasa menyokong Arsenal dan saya pula suka gaya Arsenal bermain. Mereka mempunyai pemain berstatus bintang, cara dan gaya mereka bermain menarik perhatian saya.
"Saya suka menyaksikan gaya Robin van Persie dan Thierry Henry. Mereka adalah legenda kegemaran saya," kata Timber.
Timber menambah akan kekuatan kepada tulang belakang Arsenal yang menamatkan saingan naib juara kepada Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan layak ke Liga Juara-Juara selepas enam tahun.
Perpindahan Timber susulan penyerang Jerman berusia 24 tahun, Kai Havertz dari Chelsea, dengan pemain tengah West Ham, Declan Rice juga hampir melengkapkan perpindahan rekod kelab £105m pound ke Stadium Emirates.
Dalam perkembangan lain, Arsenal juga bersetuju kontrak baharu dengan Bukayo Saka, 21, dan Reiss Nelson, 23, manakala pemain tengah Switzerland berpengalaman Granit Xhaka, 30, menyertai kelab Bundesliga, Jerman Bayer Leverkusen dengan harga £21.4m pound.
Timber membuat 47 penampilan dalam semua pertandingan untuk Ajax musim lalu, termasuk semua enam perlawanan mereka di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, dan membantu pasukan Amsterdam itu memenangi gelaran Eredivisie pada 2021 dan 2022.