Masa depan Kane masih jadi tanda tanya

Iklan
KANE

HARRY Kane telah disenaraikan dalam skuad Tottenham Hotspur untuk jelajah pramusim Asia-Pasifik mereka.

Bagaimanapun, kapten kelab itu Hugo Lloris telah diketepikan ketika penjaga gol Perancis itu berusaha untuk melengkapkan perpindahan ke kelab baharu.

Iklan
Iklan

Kane kini berada dalam tempoh 12 bulan terakhir kontraknya bersama Spurs dan telah menarik minat gergasi Jerman, Bayern Munich yang sebelum ini telah mengajukan tawaran £60 juta (RM355.61 juta) pembelian pemain itu.

Namun, tawaran awal itu telah ditolak oleh Spurs dan dijangka Bayern akan menggandakan tawaran ketika jendela perpindahan musim panas ini.

Iklan

Kane bersama pemain antarabangsa lain kembali untuk latihan pramusim dengan bos baharu Spurs, Ange Postecoglou bersedia untuk menggariskan visinya kepada penjaring terbanyak kelab itu.

Spurs dalam kenyataan memaklumkan bahawa penjaga gol veteran Lloris telah diberikan kebenaran untuk tidak melakukan perjalanan dalam usaha pasukan meneroka peluang perpindahan yang berpotensi.

Iklan

Pada usia 36 tahun, bekas penjaga gol nombor satu Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan sekiranya Andre Onana menyertai Manchester United.

Lloris, yang menyertai Spurs pada 2012, telah membuat 447 penampilan untuk kelab itu dan turut memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Spurs akan terbang ke Perth, Australia Barat, bersama pemain baru James Maddison yang berpindah dengan £40 juta (RM237.08 juta) dari Leicester, menjelang perlawanan persahabatan pembukaan menentang pesaing utama London, West Ham pada 18 Julai.

Spurs menentang Leicester di Thailand pada 23 Julai dan Lion City Sailors dari Singapura pada 26 Julai.

ARTIKEL BERKAITAN:

Postecoglou percaya dapat yakinkan Kane

Tawaran RM418 juta Bayern beli Kane belum cukup pikat Spurs

Bayern serius buru Kane