Anak muda perlu lantang suarakan pendapat - Chean Chung

Iklan
Lee Chean Chung.

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Anak muda perlu lantang dalam menyuarakan pendapat terutama menyangkal isu sensitif seperti perkauman dan agama selain membawa naratif baharu berkaitan ekonomi serta kelas gaji pekerja.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung berkata, sekiranya golongan itu tidak memandang serius, ia akan terus memberi ruang kepada pihak berkenaan memainkan isu tersebut demi kepentingan sendiri.

Iklan
Iklan

"Anak muda perlu mengambil tindakan segera untuk mengubah landskap itu.

"Sekiranya mereka tidak lantang bersuara, akan ada pihak terus memainkan isu yang tidak sepatutnya seperti perkauman dan agama kerana semata-mata mahu kekal berkuasa dan releven," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika Konvensyen Suara Anak Muda #Inimasakami, di sini, pada Sabtu.

Tambah Chean Chung, berikutan itu, pihak mereka perlu menyediakan lebih banyak pentas yang boleh membawa suara anak muda.

Iklan

Ujarnya, ia bagi memberi peluang kepada golongan itu untuk berkongsi dan menyampaikan suara mereka untuk didengari kepimpinan.

"Anak muda masa depan negara, namun golongan ini di Asia adalah sekunder maka kita perlu lakukan perubahan, selain mengambil kira juga suara daripada aliran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk yang telah bekerja.

"Jadi, kita perlu menambah suara dengan mengadakan platform malah saya yakin dengan cara ini, cadangan yang dibawakan dapat sampai kepada lapisan Masyarakat," ujarnya.