DUN Hulu Bernam diwakili BN tidak tewas sejak merdeka - Rosni

Iklan
Rosni Sohar

SHAH ALAM - Semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu sedar bahawa DUN Hulu Bernam diwakili UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya sejak merdeka.

Malah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Rosni Sohar turut yakin BN mampu mengekalkan momentum kemenangan di DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Iklan
Iklan

Namun, beliau berkata, spekulasi Parti Amanah Negara (Amanah) akan menggantikan BN untuk bertanding di DUN Hulu Bernam menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan penyokong BN.

"Sebenarnya tidak ada keputusan lagi, masih dalam perbincangan dan mengikut keputusan dibuat sebelum ini mana DUN BN menang, di situlah BN bertanding, itu kata Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari).

Iklan

"Begitu juga kata pengerusi perhubungan (UMNO), jadi kita akur dengan pendirian itu, apa-apa pun kita tidak akan mendahului kenyataan dikeluarkan pimpinan teratas," katanya pada Sabtu.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor merupakan penyandang bagi kerusi kawasan DUN berkenaan selama dua penggal sejak menang dalam PRU13 dan PRU14.

Iklan

Beliau menambah, bagaimanapun itu tidak bermakna BN tidak akan menyokong jika calon Amanah bertanding di kerusi berkenaan kerana semangat Kerajaan Perpaduan perlu dibuktikan.

"Dan jika saya tidak terpilih, atau diminta ganti di tempat lain, DUN Hulu Bernam mestilah mengambil kira semangat menang di mana DUN Hulu Bernam (BN) tidak pernah tewas sejak merdeka.

"Jadi dengan mengekalkan kawasan itu kepada UMNO/BN ia juga menjadi satu penghormatan terhadap ahli UMNO dan pengundi, dan saya rasa perkara ini perlu diambil kira," katanya.

Beliau dalam masa sama turut menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menentukan calon bagi mempertahankan kawasan DUN Hulu Bernam dalam PRN kali ini.