Pertikaian kerusi DUN Hulu Bernam selesai - Adly

Iklan
Adly (kiri) bersama salah seorang penunggang p-hailing yang menyertai menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah pada Sabtu.

ALOR GAJAH - Pertindihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, Selangor membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO telah diselesaikan secara baik.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, isu itu telah mencapai kesepakatan dalam membuat keputusan setelah dibawa ke peringkat perundingan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pembahagian kerusi itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Isu pembahagian kerusi di Selangor sudah diselesaikan, cuma setakat ini terdapat permintaan satu dua kerusi keseluruhan daripada perundingan kita.

Iklan

"Secara dasar rundingan pembahagian kerusi sudah dimuktamadkan, cuma ada beberapa kerusi masih belum diputuskan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Amanah Bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin mengenai parti itu akan menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di DUN tersebut.

Iklan

Malah kenyataan tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pemimpin dan penyokong BN.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, parti itu juga akan bertanding di kerusi yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Macam di Selangor dan Negeri Sembilan, kita ada tiga kerusi, empat kerusi di Kedah kekal dan akan digabungkan dengan kerusi baharu," katanya.

Terdahulu, Adly menyempurnakan Program Outreach dan CSR Perkeso 2023 di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar, Alor Gajah.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

UMNO tetap pertahan DUN Hulu Bernam

Status Hulu Bernam, Pemuda UMNO minta tunggu pengumuman rasmi

PRN: Amanah Selangor bakal bertanding sembilan kerusi