Lelaki AS temui 700 syiling emas di ladang jagung

Iklan
Kepingan syiling emas ditemui di ladang jagung di Kentucky. - AFP

WASHINGTON - Sebuah peti harta karun mengandungi lebih 700 keping syiling emas sejak Perang Saudara Amerika Syarikat (AS) telah ditemui di ladang jagung di Kentucky dan kini dalam proses jual yang dijangka mengaut keuntungan jutaan dolar.

Menurut firma yang menilai dan menjual syiling harta karun digelar 'Great Kentucky Hoard' ditemui di sebuah ladang di Negeri Bluegrass pada awal tahun ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, lokasi sebenar penemuan dan identiti lelaki yang menemui syiling berkenaan belum didedahkan.

Dalam video disiarkan di GovMint.com yang menjual syiling itu, lelaki itu dilihat sedang menggali harta karun itu dan berkata ' ini perkara paling gila pernah terjadi'.

Iklan
Iklan

GovMint.com menambah, syiling bertarikh antara 1840 dan 1863 serta termasuk AS$1 Gold Indians, AS$10 Gold Libertys dan AS$20 Gold Lybertys. - AFP