Kilat di Bihar India, 22 maut

Iklan
Foto hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat petir melanda negeri Bihar timur India, Xinhua memetik laporan All India Radio (AIR) milik kerajaan pada Sabtu.

Hujan lebat dan ribut petir beserta kilat melanda negeri itu pada Jumaat hingga menjejaskan beberapa bahagian.

Iklan
Iklan

Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat di bahagian timur Bihar dalam beberapa hari akan datang.

Media tempatan, yang memetik data rasmi, melaporkan bahawa 907 orang terbunuh akibat disambar petir di seluruh India pada 2022. - Bernama

Iklan
Iklan