SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan tidak lagi boleh diakses oleh semua pengguna aplikasi itu.
Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, akaun yang mempunyai 432,700 pengikut itu tidak boleh diakses bermula pada Sabtu.