‘Saya selamanya pemain Ajax’ - Tadic

Iklan
Tadic - Foto: Agensi

PENYERANG kelahiran Serbia, Dusan Tadic akan meninggalkan Ajax Amsterdam serta-merta atas permintaannya, kata kelab Eredivisie Belanda itu.

Pemain berusia 34 tahun itu tiba di Ajax dari Southampton pada permulaan musim 2018/19.

Iklan
Iklan

Dia terus memenangi tiga kejuaraan liga dan menjulang Piala Belanda dua kali dengan 241 penampilan untuk kelab itu dan menjaringkan 105 gol.

"Saya akan selamanya menjadi pemain Ajax dan berharap untuk kembali ke Amsterdam tidak lama lagi, dalam peranan berbeza sebagai jurulatih,” kata Tadic dalam satu kenyataan.

Iklan

Tadic tidak menyatakan rancangan segeranya selepas meninggalkan kelab itu.

Sebagai rekod, Feyenoord memenangi kejuaraan liga Belanda musim lalu, menamatkan 13 mata di hadapan Ajax di tempat ketiga.

Iklan

PSV Eindhoven pula adalah naib juara menduduki tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara.