'Sanusi tidak akan hilang bisa kalau jaga adab' - KJ

Iklan
Khairy dan Shahril semasa Program Keluar Sekejap pada Sabtu.

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan hilang kehebatan atau 'bisa' yang ada dalam dirinya sekiranya menjaga adab dan juga percakapan.

Berikut ulasan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkenaan ucapan Muhammad Sanusi yang didakwa memperlekeh pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan
Iklan

Menurut Khairy, meskipun Muhammad Sanusi mempunyai karakter yang berani, bagaimanapun adab dan juga pertuturan perlu dijaga.

"Kalau dia jaga adab dia sedikit, dan dia mempedulikan kata-katanya sedikit, saya rasa ia tidak akan menghilangkan watak Gung Ho (bersemangat) yang dia suka, yang dia kata jadi diri sendiri dan juga yang orang ramai minat pada dia,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian menerusi Program Keluar Sekejap kelolaan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang disiarkan pada Sabtu.

Sebelum ini, dalam ucapan yang tular oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Iklan

Susulan itu, pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis yang menyifatkannya menghina institusi beraja di Selangor.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu memaklumkan telah membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor dan mengutuskan surat bagi menjelaskan konteks, maksud sebenar daripada ucapan yang didakwa sengaja diputar belit itu.

Sementara itu, Shahril berkata, ucapan Muhammad Sanusi memperlekehkan institusi beraja tersebut adalah satu kecuaian yang dilakukan oleh beliau.

"Bila tengok balik ucapan itu, saya rasa ia kecuaian dia (Sanusi) dalam nak menyampaikan perkataan atau ayat itu, dia tidak fikir bahawa ia beri kesan kepada Sultan Selangor. Dia sebenarnya nak lebih balun (serang) kepada Menteri Besar Selangor.

"Dia (Sanusi) pakai ayat tidak manis. Dia tidak sedar bahawa ada rujukan kepada institusi beraja. Ia lebih kepada kecuaian,” ujarnya.