'Saya akan kembali lebih kuat'

Iklan
Ons Jabeur

NAIB juara Wimbledon, Ons Jabeur menyifatkan kekalahan 6-4, 6-4 kepada pemain bukan pilihan, Marketa Vondrousova dalam perlawanan akhir perseorangan sebagai yang paling menyakitkan dalam kariernya.

Jabeur, 28, membawa harapan Tunisia, Afrika dan dunia Arab ke perlawanan akhir itu, namun gaya permainannya tidak berada tahap terbaik di gelanggang tengah.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya terlalu sukar untuk memperkatakannya, malah terlalu sukar untuk bercakap mengenainya.

"Saya akan kelihatan hodoh dalam gambar jadi itu tidak akan membantu.

Iklan

"Saya rasa ini adalah kekalahan paling menyakitkan dalam karier saya,” kata pemain pilihan keenam itu selepas tewas dalam perlawanan akhir Wimbledon untuk tahun kedua berturut-turut.

Jabeur turut menjadi pilihan tahun lalu, namun tewas di final kepada Elena Rybakina.

Iklan

Pada masa sama, Jabeur berterima kasih kepada Marketa dan pasukannya untuk kejohanan yang menakjubkan ini.

"Anda seorang pemain yang hebat. Ia akan menjadi hari yang sukar untuk saya hari ini. Saya tidak akan berputus asa.

"Saya akan kembali lebih kuat dan memenangi Grand Slam satu hari nanti. Ia adalah kejohanan yang menakjubkan untuk saya," katanya.