Bersih gesa Kerajaan Perpaduan, PN tandatangani perjanjian damai

Iklan
PRN pada Ogos ini akan menyaksikan pertembungan unik dan menarik antara dua koalisi gergasi politik negara iaitu PH-BN dan PN. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) untuk menandatangani perjanjian damai untuk memastikan kestabilan politik selepas tamat pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu memberikan komitmen mereka bagi merundingkan perjanjian damai pasca PRN.

Iklan
Iklan

"Hal ini untuk memastikan pengundi, bukan sahaja di enam negeri tersebut malah pelabur domestik dan asing bahawa Malaysia akan memberi fokus kepada pemulihan semula ekonomi dengan menafikan desas-desus perubahan kerajaan di pertengahan penggal yang menyebabkan keraguan terhadap kestabilan politik dan keyakinan pasaran.

"Bagi membina asas dan kepercayaan, Kerajaan Perpaduan dan pembangkang perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat daripada kepimpinan Parlimen, iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, selain itu, semua pihak wajar menghormati sebarang keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan termasuk memberikan ruang kepada pembangkang untuk bersaing secara konstruktif dan profesional.

"Hanya ketika itu kerajaan dan pembangkang dapat bersaing isu dasar dan tata kelola, dan bukannya terus bermain politik identiti seperti bangsa, agama dan raja (3R)," ujarnya.

Iklan

Bersih juga mengusulkan perjanjian damai tersebut dengan memasukkan 10 penjajaran politik dan reformasi institusi,

Antaranya adalah pengkanunan peruntukan dan proses untuk mekanisme kepercayaan Parlimen termasuklah Undi Percaya Pengabsahan selepas

pelantikan PM baharu dan Undi Tidak Percaya Konstruktif untuk melucutkan jawatan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, mekanisme kepercayaan itu akan meningkatkan keyakinan dan memastikan kestabilan bagi kerajaan majoriti atau minoriti serta memelihara peranan perlembagaan ketua negeri.

"Kedua, pengiktirafan Kabinet Bayangan Pembangkang dengan peruntukan yang mencukupi untuk membayangi Menteri dengan akses maklumat yang berpatutan.

"Ia supaya mereka dapat berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang yang konstruktif dan kerajaan menunggu.

"Termasuk Reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya agar menjadi bebas, adil, diperkasakan dan dipertanggungjawabkan ke Parlimen bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil," tambahnya.