Haiwan peliharaan di rumah

Iklan
Khairul Johari Mohd Denie, 38, (kanan) dan isterinya Nurlyana Nazmi Mohd Nazir, 31, melihat buaya jenis Smooth-fronted Caiman atau nama saintifiknya Paleosuchus Trigonatus yang dipeliharanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Sungai Sekamat, Kajang baru-baru ini.
Sebanyak enam ekor buaya jenis Caiman dipelihara di dalam kawasan rumahnya sejak hampir tujuh tahun lalu dan kini semakin membesar dengan saiz 160 cm panjang dan berat hampir 20 kilogram seekor. Beliau turut memelihara ikan kerapu Kertang (Epinephelus lanceolatus), 22 ekor itik belibis, 22 ekor burung tiong emas dan seekor burung merpati Victoria Crowned Pigeon.