Mayat bayi baru lahir dalam longgokan sampah

Iklan
Lokasi mayat bayi ditemukan di tempat pembuangan sampah di Fajar Lahad Datu pada Sabtu.

LAHAD DATU - Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di Fajar di sini pada malam Sabtu.

Mayat yang dibalut dengan pakaian itu ditemukan di kawasan pembuangan sampah kira-kira jam 11.30 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mayat bayi itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun.

"Lelaki terbabit merupakan pemandu lori kontraktor pembersihan sampah yang ketika itu sedang memungut sampah di kawasan berkenaan.

Iklan

"Mayat bayi itu dibalut dengan menggunakan kemeja perempuan berwarna kelabu dan bergaris yang diletakkan di atas longgokan sampah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rohan Shah berkata, susulan kejadian itu sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Iklan

"Mayat bayi itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.