Strategi pemasaran punca filem gagal raih kutipan

Iklan
Fahmi (kanan) melawat wartawan sambilan akhbar bahasa Cina, Ng Kan Seng, 68, di rumahnya di Mambang Di Awan, Kampar pada Ahad.

FAKTOR kurangnya hebahan dan promosi antara punca filem tempatan kurang mendapat sambutan meskipun menerima dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dana yang disediakan FINAS adalah untuk pembikinan filem dan kelemahan utama dilihat adalah dari segi proses pemasaran.

Iklan
Iklan

"Kadangkala ada penerbit yang hanya bergantung harap kepada Skim Wajib Tayang. Tetapi kalau tidak ada promosi maka, orang tidak tahu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Twitter yang mendakwa filem komedi yang telah menerima dana FINAS sebanyak RM550,000 namun, hanya mendapat kutipan lebih RM5,000 selepas tayangan, Jun lalu.

Iklan
Ciapan Twitter dakwa filem yang mendapat suntikan FINAS gagal meraih kutipan tinggi.

Tambah Fahmi, perkara itu bagaimanapun akan diteliti selepas barisan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) FINAS lengkap dalam minggu ini.

"BOD Finas akan lengkap mungkin minggu ini. Selepas itu, saya akan minta mereka untuk teliti aspek-aspek berkaitan.

Iklan

"Perkara itu termasuklah dana kandungan digital, prestasi mutu persembahan bagi filem-filem yang dihasilkan melalui dana kandungan digital," katanya.