Pemuda Perpaduan lapor SPRM, gesa siasat dana khas RM30 juta

Iklan
Hazmi (dua dari kiri) dan Muhammad Zulhilmi (kanan) bersama barisan Pemuda Perpaduan Kelantan yang hadir di pejabat SPRM negeri di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Pemuda Perpaduan Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Ahad bagi meminta siasatan dijalankan terhadap Kerajaan Kelantan berkait dana khas RM30 juta dalam Belanjawan 2023 kerajaan negeri itu.

Laporan itu dibuat oleh Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Muhammad Zulhilmi Zamri pada jam 2.45 petang.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kelantan, Hazmi Hassan, sebelum ini beliau membaca satu status di Facebook yang menyatakan terdapat keraguan berkaitan dana berkenaan.

"Ada kebimbangan besar rakyat terhadap dana yang mungkin disalah guna tujuan pilihan raya tidak lama lagi.

Iklan

"Kita masih tidak tahu secara terperinci berkait perbelanjaan RM30 juta tersebut, jadi kami mohon SPRM untuk melakukan penyiasatan,” katanya selepas membuat laporan tersebut di Pejabat SPRM negeri di sini pada Ahad.

Hazmi berkata, tindakan membuat laporan itu juga bagi mengelakkan keadaan yang terjadi seperti di Terengganu sebelum ini berulang.

Iklan

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Sementara itu, Hazmi turut menuntut penjelasan berhubung pembelian 800 hingga 900 ekor lembu oleh kerajaan negeri daripada satu syarikat pembekal bagi pelaksanaan ibadah korban pada 2021 dan 2022.

"Kes ini sudah pun dibawa ke mahkamah oleh pihak yang berkenaan.

"Cuma yang menjadi persoalan berkait dengan bayaran. Dalam hal ini juga kami meminta supaya kerajaan negeri memberi penjelasan,” ujar beliau.