SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang arahan untuk menyekat akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Suruhanjaya itu menerusi kenyataan memaklumkan, tuduhan Sanusi itu telah diteliti dan mengesahkan tiada arahan untuk melakukan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa akaun TikTok miliknya yang dikatakan sudah ‘dipadam’ masih lagi boleh diakses di luar negara.
Sanusi mendakwa sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook hari ini.
Difahamkan Sanusi berkata demikian susulan dakwaan seorang individu di ruangan komentar seperti dalam gambar tangkap layar yang dimuat naik bersama hantaran berkenaan.
Komentar individu itu mendakwa halangan (blok) akaun TikTok menteri besar tersebut dikatakan ‘berkuat kuasa’ di Malaysia sahaja