Kerja pembaikan paip pecah utama dilanjutkan

Iklan
Abdul Raof Ahmad

SHAH ALAM - Tempoh siap bagi kerja-kerja pembaikan paip-paip utama yang pecah berdekatan projek Lebuhraya WCE-Banting terpaksa dilanjutkan ekoran berlaku pergerakan tanah menyebabkan kelewatan proses kerja-kerja pembaikan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya memerlukan masa bagi menyiapkan kerja-kerja pembaikan ini sebelum sistem bekalan dapat diaktifkan semula.

Iklan
Iklan

"Penyaluran semula bekalan akan dilakukan sejurus kerja pembaikan siap.

"Pemulihan di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat dan tempoh pemulihan bagi setiap kawasan berbeza," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Katanya, Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pelanggan.

"Bagi kawasan yang menerima bekalan secara terus akan menerima bekalan lebih awal berbanding kawasan yang berada di lokasi tinggi dan penghujung sistem agihan.

Iklan

"Untuk mendapatkan maklumat dan status terkini, sila muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor.

"Pelanggan juga boleh hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 atau 019-2800919 untuk bantuan," katanya.