Wimbledon: Djokovic kecundang, Carlos Alcaraz muncul juara

Iklan
Alcaraz menjulang trofinya selepas menewaskan Djokovic pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Tenis Wimbledon 2023. - Foto AFP

JUARA bertahan Novak Djokovic gagal menjulang gelaran kelapannya untuk Kejohanan Tenis Wimbledon 2023 selepas ditewaskan pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz Garfia, dalam perlawanan akhir perseorangan.

Alcaraz, yang merupakan pemain nombor satu dunia berjaya menumpaskan bintang Serbia itu menerusi lima set dengan mata 1-6, 7(8)-6(6), 6-1, 3-6, 6-4, sekali gus memperoleh gelaran Grand Slam yang kedua untuk dirinya.

Iklan
Iklan

Dalam set pertama, Alcaraz dengan mudah dikalahkan oleh Djokovic dengan catatan mata, 1-6.

Bagaimanapun pada set kedua, dia bangkit memberikan tentangan sengit terhadap lawannya itu.

Iklan

Meskipun terpaksa berhempas pulas, Alcaraz akhirnya muncul dengan kemenangan menerusi catatan mata 7(8)-6(6) pada set tersebut.

Alcaraz terus menunjukkan taringnya pada set ketiga, menundukkan pemain nombor dua dunia itu, dengan 6-1.

Iklan

Namun, momentum tersebut tidak kekal lama apabila Djokovic kembali bangkit dengan kemenangan, 3-6.

Tidak patah semangat, Alcaraz sekali lagi mempamerkan kehebatan pada set kelima dengan mengakhiri perlawanan menerusi mata 6-4.

Alcaraz, 20, memperoleh gelaran Grand Slam pertamanya pada usia 19 tahun di Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, selepas mengatasi Casper Ruud dari Norway dengan mata 6-4, 2-6, 7-6, 6-3.

Dia turut menjadi pemain tenis lelaki termuda yang mencapai ranking pertama dunia. - Awani