Rusia beri amaran akan guna bom berangkai di Ukraine

Iklan
Putin

MOSCOW - Rusia memberi amaran akan menggunakan 'bom berangkai' dan berhak menggunakannya sekiranya senjata bom itu digunakan Ukraine terhadap tenteranya.

Dalam hal ini, Presiden Rusia Vladimir Putin tegaskan, Moscow akan bertindak balas dengan cara yang sepatutnya jika perlu.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, Ukraine mengesahkan telah menerima bom berangkai daripada Amerika Syarikat (AS). Senjata itu diperlukan untuk mengimbangi kekurangan peluru yang dihadapi Kiev ketika mereka melancarkan serangan balas.

Sebahagiannya gagal meletup dan boleh mendatangkan bahaya selama beberapa dekad terutamanya kepada kanak-kanak.

Iklan

Kiev berkata, ia akan menggunakan bom berangkai untuk mengusir tentera musuh apabila cuba merampas kembali wilayahnya sendiri, tetapi tidak akan menggunakannya di wilayah Rusia.

Sementara itu, Putin berkata, beliau menganggap penggunaan bom berangkai sebagai satu jenayah dan setakat ini Rusia tidak perlu menggunakannya.

Iklan

Pemerhati hak asasi manusia berkata, masing-masing Moscow dan Kiev telah menggunakan peluru berangkai.

Rusia, Ukraine dan AS belum menandatangani konvensyen mengenai bom berangkai yang melarang pengeluaran, penyimpanan, penggunaan dan pemindahannya. - Awani