Kesesakan HSA: Bangunan terbiar lebih 20 tahun diguna semula

Iklan
Bangunan terbiar lebih 20 tahun di HSA Johor Bahru akan kembali digunakan untuk atasi kesesakan di Poliklinik HSA. - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU - Sebuah bangunan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang sudah terbiar lebih 20 tahun akan dibuka kembali bagi mengurangkan kesesakan di Poliklinik HSA.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan kembali bangunan tersebut akan dilakukan kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

"Usaha ini penting bagi membantu mengurangkan kesesakan di kawasan Poliklinik HSA dan memberi keselesaan kepada petugas-petugas di HSA," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Isnin.

Menurut Onn Hafiz, beberapa cadangan telah dikemukakan dan dipersetujui agar bangunan yang terbiar dapat digunakan.

Onn Hafiz (depan) melawat bangunan terbiar lebih 20 tahun di HSA Johor Bahru. - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

Iklan

"Antaranya, bahagian unit pentadbiran akan dipindahkan ke bangunan ‘Sister Mess’ dan ruang bahagian pentadbiran sedia ada akan dinaik taraf menjadi Klinik Kardiotorasik dan Klinik Pembedahan Plastik.

"Selain itu, bilik ekokardiogram atau lebih dikenali sebagai 'echo' akan diletakkan sekali dengan Klinik Kardiotorasik yang baru bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan," katanya.

Iklan

Pada 1 Jun lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, HSA merupakan hospital awam kedua paling sibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur, selain terdapat kekurangan seramai 200 doktor.