Tragedi MH17 genap sembilan tahun, keadilan masih dicari

Iklan
Usaha cari keadilan tidak akan berakhir walaupun keputusan hukuman terhadap tiga suspek telah dilaksanakan oleh Mahkamah The Hague di Belanda, November lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Usaha mencari keadilan tidak akan berakhir walaupun keputusan hukuman terhadap tiga suspek yang menjadi dalang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) telah dilaksanakan oleh Mahkamah The Hague di Belanda, November lalu.

Kementerian Pengangkutan berkata sedemikian sempena ulang tahun kesembilan bagi memperingati kemalangan tragis itu.

Iklan
Iklan

Beliau turut menyatakan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17 itu.

"Ia penting dalam memastikan kebenaran dapat didedahkan serta memberi keadilan kepada semua mangsa dan waris termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat MH17,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Julai 2014, pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh misil anti pesawat Buk di ruang udara timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan meragut nyawa kesemua 298 penumpang.

Namun begitu, pada 18 November 2022, Ketua panel hakim, Hendrik Steenhuis mensabitkan kesalahan terhadap tiga tertuduh iaitu dua rakyat Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko atas dakwaan membunuh dan sengaja menyebabkan nahas pesawat tersebut.

Iklan