Masjid Ar Rahman tarikan pengunjung

Iklan

Masjid Ar Rahman yang terletak di Kubang Batang dibina berinspirasikan daripada reka bentuk masjid Al-Nabawi itu kian menjadi tarikan pengunjung ketika tinjauan Bernama di sini.

Masjid yang berkeluasan 34,000 kaki persegi itu dibina dengan kos berjumlah RM20 juta hasil sumbangan orang ramai dan kerajaan persekutuan.

Iklan
Iklan

Ia direka khas menggunakan jubin berkualiti tinggi sebagai salah satu ikon bagi kampung Kubang Batang.

Manakala untuk seni bina dalaman yang menerapkan rekaan dan warna yang berbeza di setiap bahagian dinding untuk mewujudkan elemen segar dan tidak membosankan selain perincian lampu dan kubah yang unik.

Iklan
Iklan