'Kalau SKMM boleh kawal TikTok tiadalah fitnah' - Syahredzan

Iklan
Tangkap layar Twitter Syahredzan Johan

SHAH ALAM - Jika benar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kuasa menghalang akses di TikTok, pastinya platform itu tidak akan jadi tempat penyebaran fitnah.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan merujuk kepada kenyataan SKMM yang menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghalang akses dan memadam akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Iklan
Iklan

"Punyalah banyak akaun fitnah saya dekat TikTok tu, nak kesan siapa pemilik akaun pun saya tak dapat. Ini nak kata kerajaan boleh kawal TikTok? Tolonglah,” ciapnya di laman Twitter miliknya.

Pada Sabtu, Sanusi mendakwa akaun TikToknya disekat dan sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai usaha menghalang kemaraan berkempen secara maya menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Iklan

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya bagi memudahkannya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya.

Beliau juga mendakwa beberapa rakannya mengalami nasib sama apabila akaun TikTok disekat.

Iklan