PRN: JBPM Kelantan pastikan pusat mengundi selamat

Iklan
Zainal (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Kategori Pegawai Penyiasatan Kebakaran Peringkat Balai Terbaik kepada Pegawai Bomba Kanan I, Azmi Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Julai 2023 di JBPM Kelantan pada Isnin.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan memastikan semua pusat mengundi selamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini termasuklah kebakaran sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, susulan itu pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di tempat mengundi sebelum, semasa dan selepas pilihan raya untuk memastikan ia selamat.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Julai 2023 di JBPM Kelantan, Tunjong dekat sini.

Menurutnya, disebabkan bangunan sekolah dijadikan pusat pengundian, maka pihaknya tidak berdepan masalah kerana pemeriksaan berkaitan kecemasan sentiasa dilakukan.

Iklan

Ujarnya, JBPM akan terus memastikan tempat terbabit tidak mempunyai sebarang halangan jika berlaku sesuatu.

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan membuat pemantauan dari masa ke masa sepanjang PRN ini.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan PRN di enam negeri termasuk Kelantan akan bermula 29 Julai bagi penamaan calon dan 12 Ogos sebagai tarikh mengundi.

Di Kelantan sebanyak 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan bagi memilih kepimpimpinan terbaik.