Impian dua beradik miliki rumah tercapai

Iklan
Akmal (empat dari kiri) bergambar selepas menyerahkan replika kunci kepada Nurafiqah (lima dari kanan) dan Siti Nor (tiga dari kanan) semasa Program Lawatan Tapak Projek RMR di Kampung Tali Air 7, Sekinchan pada Isnin.

SABAK BERNAM - Dua beradik di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman di sini teruja apabila impian memiliki kediaman akhirnya tercapai.

Nurafiqah Kosin, 27, dan kakaknya, Siti Nor Aleya Kosin, 29, yang sebelum ini menetap di rumah mentua menerima serahan kunci bagi Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Iklan
Iklan

Norafiqah yang hamil tiga bulan berkata, penantian untuk memiliki rumah sudah lama sejak berkahwin empat tahun lalu.

"Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga selepas menumpang rumah mentua di Kampung Parit 3 Sungai Burong," katanya ketika ditemui selepas Program Lawatan Tapak Projek RMR di Kampung Tali Air 7, Sekinchan di sini pada Isnin.

Iklan

Nurafiqah berkata, pada mulanya dia dan suaminya, Aminul Rashid Mohd Anuar, 29, hanya mencuba nasib memohon RMR, namun tidak sampai lapan bulan rumah itu berjaya disiapkan.

"Proses permohonan RMR sangat mudah kerana saya membuat permohonan hujung tahun lalu, tetapi diluluskan tidak sampai sebulan dan kini sudah siap untuk diduduki," jelas anak keempat daripada lapan beradik itu.

Iklan

Siti Nor Aleya, berkata, perasaannya gembira apabila bakal menduduki rumah pertama itu dalam waktu terdekat.

Menurut Siti Nor, lebih mengujakan apabila projek RMR itu dibina berjiran dengan rumah bapa.

"Tanah ini milik ayah dan dia mengizinkan kami menggunakan tanah ini bagi pembinaan RMR dan kami bersyukur dapat tinggal bersebelahan," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sebanyak empat rumah di tiga lokasi ditinjau bagi melihat sendiri kemajuan projek SPNB pada lawatan turun padang beliau pada Isnin.

Akmal memberitahu, dua rumah RMR di Tanjong Karang ketika ini dalam proses pembinaan, manakala dua lagi projek sama di Sekinchan sudah siap untuk diduduki.

"Objektif lawatan hari ini diadakan bagi melihat proses pembinaan SPNB dan berdasarkan pengamatan saya melihat projek ini efisen dan cekap untuk disiapkan hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Hasrat saya supaya kita dapat memahami pembinaan rumah SPNB ini dan bagaimana kita dapat melihat kecekapan bagi pembinaan rumah tersebut," ujar beliau.