Lebih banyak pusat jagaan swasta diperlukan - Nancy

Iklan
Nancy (dua dari kiri) melihat aktiviti yang dilakukan di Pusat Jagaan Damai Permai pada Isnin.

KEPALA BATAS - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap lebih banyak pihak swasta mengusahakan pusat jagaan warga emas bagi memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapat perkhidmatan perlindungan dan penjagaan yang rapi.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini terdapat 393 pusat penjagaan warga emas seluruh negara yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Iklan
Iklan

"Pusat jagaan warga emas sudah wujud lama di bawah kelolaan kementerian, namun ada juga anak-anak yang mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan memilih untuk menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan berbayar," katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai di sini, pada Isnin.

Nancy (kanan) menziarahi salah seorang penghuni Pusat Jagaan Damai Permai pada Isnin.

Nancy turut memuji usaha pengurusan pusat jagaan berkenaan yang menyediakan perkhidmatan jagaan berbayar disamping turut melaksanakan khidmat sosial bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

Iklan

Jelasnya, pusat jagaan itu bukan sahaja menawarkan perkhidmataan jagaan khusus untuk warga emas sahaja sebaliknya turut menjaga golongan kurang upaya.

"Modul yang digunakan di sini boleh dijadikan contoh agar kerana di luar sana ramai yang memerlukan perkhidmatan penjagaan rapi khusus buat ibu bapa dan saudara mara mereka.

Iklan

"Ini adalah satu inisiatif yang baik untuk Malaysia bagi memenuhi keperluan kita menghadapi status negara tua pada 2030,"katanya lagi