RM98 juta kerugian dalam tempoh enam bulan - JBPM Kelantan

Iklan
Zainal (tengah, duduk) bersama pegawai sempena Perhimpunan Bulanan Julai 2023 di JBPM Kelantan, Tunjong, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mendedahkan sebanyak RM98 juta kerugian dicacatkan dalam tempoh enam bulan melibatkan kes kebakaran di negeri ini.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, bagaimanapun tafsiran yang berjaya diselamatkan berjumlah RM114 juta hasil tindakan awal serta banyak bantuan diterima.

Iklan
Iklan

"Peningkatan ketara jumlah panggilan kecemasan kebakaran pada tahun ini ialah pada bulan Januari hingga 16 Julai lalu," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Julai 2023 di JBPM Kelantan, Tunjong di sini.

Iklan

Ujarnya, ia disebabkan oleh kebakaran api terbuka berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering sepanjang bulan Mac sehingga pertengahan Mei.

Tambah Zainal, daripada 2,558 panggilan kecemasan yang diterima, 1,066 panggilan adalah melibatkan kebakaran terbuka iaitu belukar, lalang, kebun, ladang, hutan, sampah dan lain-lain.

Iklan

Beliau memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu mencatatkan panggilan tertinggi iaitu 298, diikuti Bachok (240) dan Pengkalan Chepa (174).

"Antara punca kebakaran selain faktor cuaca panas ialah, sengaja bakar, tanah gambut, serta kawasan pelupusan sampah," ujarnya.