Speaker Parlimen Singapura letak jawatan

Iklan
Tan Chuan-Jin - Foto Bernama

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menerima peletakan jawatan Tan Chuan-Jin sebagai Speaker Parlimen, ahli Parlimen (MP), dan juga ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkuat kuasa serta merta.

"Peletakkan jawatannya adalah perlu, bagi mengekalkan standard kewajaran dan kelakuan peribadi yang tinggi yang dipertahankan PAP selama ini,” kata Hsien Loong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Iklan
Iklan

Hsien Loong berterima kasih kepada Chuan-Jin kerana menjadi sebahagian dari pasukannya, dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya.

Chuan-Jin ialah ahli Parlimen bagi kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan Marine Parade (GRC).

Iklan

Dalam pertukaran suratnya dengan Chuan-Jin, Hsien Loong berkata, beliau menghargai pengakuan Chuan-Jin bahawa beliau telah gagal dalam soal kelakuan peribadinya.

Hsien Loong berkata, beliau memahami hasrat Chuan-Jin untuk"berundur dari arena politik dan membantu memulihkan keluarganya".

Iklan

"Saya pernah bercakap dengan anda sebelum ini. Anda mengakui bahawa apa yang anda lakukan adalah salah dan bersedia meletakkan jawatan,” kata Hsien Loong.

Mengenai kenyataan Chuan-Jin baru-baru ini di Parlimen, Hsien Loong berkata, Chuan-Jin telah membuat memohon maaf secara terbuka dan kepada ahli Parlimen berkenaan serta ahli Parlimen itu telah menerima permohonan maafnya.

"Tetapi anda melafazkan ketika anda bertindak sebagai Speaker, menjadikan perkara ini lebih serius," kata Hsien Loong.

Chuan-Jin telah dikritik pada minggu lalu kerana menggunakan"bahasa yang tidak sesuai digunakan di Parlimen" dalam reaksinya terhadap ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parti Pekerja, Jamus Lim.

Hsien Loong juga telah menerima peletakan jawatan Cheng Li Hui sebagai ahli Parlimen, dan juga sebagai ahli PAP.

Beliau ialah Ahli Parlimen Tampines East dan Tampines GRC. - Bernama