Bee cabar Uqasha Senrose

Iklan
Uqasha Senrose

BIARPUN pernah beraksi dalam genre seram, aktres popular, Uqasha Senrose mengakui filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya.

Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia melakonkan watak Bee, pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik dalam filem terbitan Produksi Seni 2020 milik Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo itu.

Iklan
Iklan

"Watak Bee ini penting kerana membawa kumpulan pengkaji yang terdiri daripada Profesor Arkeologi, Dr Sani; Arjuna (bekas pelajar), Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber) ke tempat Jerunei yang misteri itu,” katanya.

Dalam filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Iklan
Uqasha melakukan sendiri kebanyakan babak aksi dalam Sumpahan Jerunei.

Berkongsi cabaran dalam filem itu, ujar isteri kepada pelakon Kamal Adli ini, banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukannya sendiri.

"Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka.

Iklan

"Saya juga buat babak underwater di mana saya kena ikat dalam air.

"Selain itu, saya juga melakukan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas termasuk najis di kampung berkenaan,” ujarnya yang sangat berhati-hati ketika penggambaran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sumpahan Jerunei akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Julai depan.